Welcome to my blog ! jangan lupa follow sekali yer :)

Khamis, 14 April 2011

Pembuli siber..

wah cam gempak je tajuk entri malam ni..hehhe..padahal x da pe2 pn.saje je bagi taajuk cm 2..kasi tarik minat orang bace je...
hum 'Pembuli Siber' ..? apakah itu..semut kah lipas kah..haha dua2 x da kena mengena pn sebena ye..

"buli siber" dapat didefinisikan sebagai sebarang bentuk ancaman dan serangan melalui pesanan text, gambar menerusi e-mel, blog, HP,serta rangkaian web bagi menggangu, memalukan dan mengugut...

Di negara maju, kebanyakan pembuli siber terdiri daripada golongan wanita, di Malaysia golongan lelaki berusia 15-35 thun dilihat lebih berani melakukan kegiatan ni..

MENGAPA seseorang itu boleh menjadi pembuli siber..?
mungkin dia terminum tonik Dr.Rozmi kot...sape Dr.Rozmi..? haha tah la aq pn x knal..aq main sebut je...hehe..Ha ni sebenaye Pembuli Siber, menurut kajian pakar, (hehe pakar la sangat..haha ) pembuli siber mempunyai persamaan dalam sikap mereka seperti suka mendominasi orang lain untuk kepentingan diri sendiri, engan bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka dan GILAKAN PERHATIAN...

Pembuli siber ni boleh dianggap sebagai "membaling batu, sorok tangan" Tidak jelas dilakukan dan sukar untuk dibuktikan...hum ape la dh balik 2 nk main sorok2 pula wat pe ingat x da yang manpak ke..hum ingat sikit yang kat atas 2 nampak la...
pembuli siber juga boleh didakwa mengikut seksyen 223 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKM98).. jika disabit kesalahan boleh di denda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setaun @ kedua-duanya sekali...hehe dah macam hakim negara la pula..hahha

hehe renung-renugkan lah dan selamat berfikir..
selamat malam sesemut..haha
bersama menceriai harimu..

Written By Marcello

Share

Pantun 4 Kerat

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau,Mak Limah yang lipat
Kain aku,si pencuri yang sapu


Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit...........
 
copyright © syafiq_579 2013-2014